Monday, August 12, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Tugasan Foto Di Istana Negeri Sabah - KUNJUNGAN HORMAT ISTANA
Media Penerangan Sabah: Kunjungan Hormat: KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin berkenan menerim...
Monday, July 22, 2013
Kursus, Kursus dan cuti..
Pada 23- 28 Jun 2013 yang lalu, saya telah terpanggil untuk menghadiri Program Transformasi Minda Bil 3/2013 - Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Program ini adalah untuk menggantikan Kursus Induksi - sekarang tiada sudah Kursus Induksi. Semua modul kursus induksi sudahpun diserap ke dalam PTM.
Memang rasa tidak mahu menghadiri sebab sudahlah jauh yakni di Perak (Felda Residence Trolak, Sungkai) dan mengambil masa 6 hari untuk disiapkan. Agak lama juga lah pada saya yang baru sebulan melangsungkan perkahwinan.. hehe.. Sedihlah sebab terpaksa tinggalkan isteri. Namun apakan daya, dah wajib lah katakan sebab tak hadir PTM ni, maka susahlah dapat CONFIRMATION untuk jawatan sekarang ni..SO saya pun pergi lah..
![]() |
| Surat Panggilan Untuk Menghadiri PTM |
Semasa PTM 3/2013, keadaan jerebu memang agak teruk juga. Beberapa kawasan dan negeri telah diistiyharkan DARURAT kerana tahap udara yang boleh membahayakan kesihatan. Oleh kerana itu juga lah kebanyakan aktiviti luar seperti senaman pagi dan juga aktiviti sukan yang sepatutnya terkandung dalam modul PTM terpaksa dibatalkan. So tidaklah berapa penat sangat sepanjang kursus berjalan.
Pada hari kedua terakhir dimana cuaca jerebu kira bertambah baik, barulah ada peluang untuk aktiviti luar iaitu aktiviti terbang kata fasilitator kami menggambarkan tentang aktiviti flying fox. Aktiviti ini memang saya tak pernah buat sebelum ni, dan terus terang saya memang takut sangat, tapi terpaksa juga mengikuti. Syukurlah selamat juga akhirnya dan perasaan seronok itu mula terasa.
Keseluruhannya PTM tempoh hari banyak memberikan pengalaman hebat dan menyeronokkan ditambah dengan rakan-rakan yang baru dikenali.
Semasa berada dalam PTM, rakan pejabat memberitahu bahawa saya dipanggil lagi untuk satu KURSUS pada 03 hingga 06 Julai 2013.. ADUHAIIIIII !!!!
Belum siap PTM lagi sudah ada surat untuk menghadiri kursus lain lah pula. Bermakna cuma ada masa 4 hari selepas tamat PTM, kena hadir kursus lain lagi.
Yang ini pun jauh juga.. huhu.. di Cameron Highland.. nak tolak dari tidak menghadiri kursus ini pun tak boleh. WAJIB juga..
![]() |
| NAK TOLAK? kena tindakan tatatertib dan kena bayar balik... huhu |
So saya pun terbang lagi lah ke Tanah Semenanjung... Pengalaman baru juga lah sebab first time naik Cameron. Tempat yang sejuk dan nyaman.. Memang tidak dinafikan cuaca agak sejuk di situ dan terpaksa lah kami memakai baju tebal ala-ala korea winter sonata begitu.
![]() |
| Singgah sebentar menikmati teh segar dalam perjalanan ke Cameron Highland |
![]() |
| Bersama rakan-rakan yang mengikuti kursus - diambil semasa dalam perjalanan menaik Cameron Highland melalui Tapah - Lata Iskandar |
![]() |
| Kursus sedang berjalan |
![]() |
| Hotel dimana kursus diadakan dan tempat menginap |
Saya juga turut membeli produk-produk utama Cameron Highland seperti teh dan juga buah strawberi untuk di bawa pulang sebagai buah tangan kepada isteri dan saudara.
Kesimpulannya, memang agak memenatkan juga sebab banyak keadaan yang mengejar masa. apatah lagi bertemankan luggage yang nak bawa ke sana ke sini. Namun pengalaman yang diperolehi begitu menyenangkan dan pastinya kursus yang dihadiri ini berguna untuk diri saya dan rakan lain.
Terima kasih kepada Jabatan Penerangan, kerana menyediakan tambang perjalanan.. hehehe..
Walaupun pada hakikatnya sedang menghadiri kursus sekaligus memberikan peluang untuk saya makan angin/ bercuti cuti Malaysia
SEKIAN
Sunday, July 21, 2013
DESTINASI - Kuala Penyu
| Mercu Tanda Utama Daerah di Tamu Kayul |
Mendapat pendidikan Pra Sekolah (TADIKA) di S.U.I Kampung Tempurong ( S.U.I = Sekolah Ugama Islam) pada tahun 1986, walaupun keluarga bukan lah menganut agama Islam, tetapi pada masa itu , itulah tempat pendidikan paling dekat dengan dengan rumah.
Masih mengingati pada waktu itu keadaan jalanraya dan kemudahan lain seperti air bersih, dan elektrik memang tiada pada masa ini. Kemudiannya bersekolah di S. K Tempurong ( 1987- 1992) dan S.M.K Kuala Penyu (1993-1999). Sekitar membesar di daerah ini, masih lagi mengingati sememangnya untuk keluar dari daerah ini, amatlah berbeza sekali dengan masa sekarang.
| Pemandangan berdekatan bulatan untuk melalui jambatan Sitompok |
Namun perubahan demi perubahan berlaku, dan kemajuan mula berkembang daerah ini semakin mudah untuk dikunjungi. Jalan raya Beaufort ke Menumbok yang dinaik taraf, antara salah satu penyebab daerah ini mudah diakses. Kuala Penyu juga merupakan hub akses kepada Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengangkutan feri dan bot laju.
INGIN KE KUALA PENYU?
Sekiranya anda ingin ke Kuala Penyu, perkhidmatan bas ekspress adalah salah satu pengangkutan utama. Bas-bas ini beroperasi setiap hari dari terminal yang terletak di depan bangunan Mahkamah TInggi Kota Kinabalu. Perjalanan ini adalah dari Kota Kinabalu – Kuala Penyu – Menumbok. Masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam setengah. Kereta persendirian (sapu) kadangkala menjadi pilihan alternative kerana perkhidmatan ini akan menghantar sehingga ke rumah, tidak seperti bas ekspress, yang hanya akan menurunkan penumpang di tepi jalan-jalan utama. Perkhidmatan kereta sapu ini selalunya beroperasi di bawah jejantas kawasan Segama.
Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, dan berniat untuk melawat Kuala Penyu, jangan risau kerana jalan akses tidaklah memungkinkan anda sesat. Pada zaman yang canggih ini, dengan smartphone nya, GPS gadget, semuanya mudah sekali. Saya sendiri mencuba mengaktifkan system GPS menggunakan aplikasi Waze, dan melihat sendiri bahawa system rangkaian jalanraya ke Kuala Penyu sudah update dan tiada masalah untuk digunakan.
![]() |
| Aplikasi Waze di SAMSUNG GALAXY NOTE 2 |
| Jambatan Sitompok |
| Pandangan Jambatan Sitompok dari Kg Palu-Palu |
| Pusat Informasi Rumbia adalah merupakan venue utama bagi sambutan Pesta Rumbia |
Friday, July 19, 2013
Permulaan blog ( Intro)
Actually, dulu pernah menulis blog sebelum ini tetapi berhenti tanpa ada alasan yang munasabah. Mungkin kerana masa yang terhad dan adanya keterbatasan ruang dan kesempatan.
Kenapa ingin menulis semula?
Saya ingin menulis semula adalah kerana minat untuk berkongsi itu timbul semula,kerana saya percaya setiap individu mempunyai pengalaman perjalanan dalam kehidupan masing-masing yang mungkin jika dikongsikan akan memberikan pandangan berlainan kepada rakan-rakan lain khususnya kepada pembaca blog.
Saya meminta maaf sekiranya penggunaan bahasa pada blog ini tidak mencerminkan bahasa yang betul (janganlah dijadikan rujukan).
Well, semoga blog ini dapat memberikan pengalaman or info-info yang boleh digunakan oleh pembaca semua.
My first posting on my new blog
This post just a starting point to remember when was i start to write again. I had deleted my old blog and replaces with this one.
Subscribe to:
Comments (Atom)








